WHO'S FOLLOWING THIS BLOG?

AMAN PALESTINE

AMAN PALESTINE

NOTHING LASTS!

NOTHING LASTS!

Wednesday 24 June 2009

Sambutan Hari Guru Peringkat Daerah Manjung 2009

Hari ni ada Sambutan Hari Guru Peringkat Daerah Manjung di Teluk Batik Resort.Tugas aku,Fara ngan Hui Sien ialah jadi tukang jaga pintu..lol.Tugas kitaorang menjemput V.I.P untuk makan sebenarnya.Antaranya Pengarah JPN Perak dan boss PPD Manjung.

Semasa koir mendendangkan lagu 'Guru Malaysia' terasa hilang juga kenakalan kitaorang.Tambah tang lirik..'Kami Guru Malaysia,berikrar dan berjanji,mendidik dan memimpin,putera puteri negara kita..'..hilang kemerengan sekejap.Memang bait-bait lirik tu menyentuh sangat hati aku.Tersenyap juga dalam dewan.

Gambar peribadi aje..gambar event tak de pasal kitaorang pakai kamera hp ajer.
Letih ler jugak..pasal event habis dalam kul 5 petang...sampai umah dekat kul 7 jugak pasal singgah Manjung kejap.


Tuesday 16 June 2009

Turns 30 years old..

Totally 30 today.Hmm..thanks for my old skul friends yang wishing-Aida,Azuin,Ain.And Aishkimmers n Aishah Frenz-Kak Sally,Kak Aida,Qinqin,Nadia and Tiqah…and my adik2 kat Perlis.

Sekarang lebih relaks berbanding sebelumnya.

Setinggi kesyukuran dipanjangkan ke hadrat Ilahi.Semoga Dia sentiasa membimbing ke arah kebenaran.Amin.

Monday 15 June 2009

Back To Work

Back to work means back to school..always in school since 7 years old..(great!).See all the teachers ngan muka cam sardine.Mentally masing-masing gigih untuk reboot otak lepas cuti 2 weeks kan.One of my friend,Kong masih terbayang2 Bali and Lammai still ngan Susan Boyle’s phenomenon.Even my headmaster ada bau China lagi.By tomorrow mungkin semua dah ok..hehe..

Nak aje aku nyanyi lagu Pink Floyd-Another Bricks On The Wall..NEED NO NEED NO EDUCATION…hehe..hey teacher,leave them kids alone!..huhu..
Sementelah aku kategori students macam dalam lagu tu maka inilah pembalasan Allah..hah.What goes around,comes around.Rasakan!

Aku ingat lagi yang aku suka cari pasal ngan akak prefect pasal selalu datang sekolah pukul 8 pagi(erk!).Tambahan first period Cikgu Noraini yang ajar Perdagangan amatlah baik hati.Selalu aku missed subject tu dalam 15minit.Peminat MacGyver lagi cikgu aku tu.Once cikgu disiplin panggil,aku cakap bas lambat,peliknya cikgu terima pulak alasan aku..kui..kui.Cikgu Noorida pulak pernah halau aku and the classmates(Iyda,Reen,Kak Yan ngan Tie-Now and Then’s mean girls) pasal tak siapkan homework BM.Selamba itik je buat kerja luar kelas.Mujurlah all girls school.Masa rehat selalu lepak umah Iyda(pasal maknyer warden) dan tengok VHS KRU(ceh!).Sumpahannya aku,Iyda ngan Reen jadi cikgu..hahaha.

Praktikum paling best,aku miss juga ex-xtudents kat aku kat SK Jalan Gurney 1,KL dan SK Jeram Batu 20,Selangor.

See all the JUSA’s papers,minit mesyuarat ngan analisis PKSR 1,make me wanna kick my neighbour's cat(tak pepasal kan?).Nak aje aku tukar ke BTP(Bahagian Teknologi Pendidikan).
Hmmmm..

Ayu(skung futher study),Rudy(skung lawyer) and me..and the happy days!


Trasformasi?Me,Ainal Sharida(geng baju ijau) dan dua orang cikgu pelatih IPBA di SK Jalan Gurney 1.

Thursday 11 June 2009

Who's Aweera a.k.a Awok in my life?


Lately,you can see this little fluffy kitty pastes every corner in my blog.This kitty is my family's cat.My mom found him at the market and bring him back.She called him Aweera coz Aweera is her toppest One In A Million.Lately we(me and my sisters) call him Awok coz he like to shuffle(actually slide..LOL) and very playful.

Every morning,he's gonna wake up us with her biting skills..(?).To name our cat with a popular name is not a big deal at all.We used to have Nicky(from Westlife),Adam(the bandangan) and Simba(The Lion King).Not to forget Don(Shah Rukh Khan's alter ego..huhuhu).Most of 'em tragically died in the accidents(coz Romeo must die..).

Aweera is so playful and hyper.Even my sister said that he's been possessed by Nek Nak..hahaha.He's playing around on simple things like newspaper,keychain and even my legs(okay enuff..dat's hurts!).

Okay Aweera,keep on purring!Go Awok!

Wednesday 10 June 2009

Belasungkawa:Tragedi Selatan Thailand Lagi

Dalam keadaan kita bergembira,hati saya tersentuh yang amat sangat dengan nasib saudara Islam kita di Selatan Thailand.Adalah satu sifat bacul untuk menyerang musuh tanpa persediaan.(Jika musuh yang mereka tafsirkan).11 orang jemaah di Masjid Al-Furqan ditembak secara mengejut ketika mengerjakan rakaat kedua Isyak.

Peristiwa ini mengingatkan saya tentang peristiwa Rasullullah S.A.W yang ditikam ketika bersolat.Kejadian pembunuhan ketika solat bukanlah perkara yang baru kepada musuh-musuh Islam.Saudara-saudara Islam kita di Palestin dan Iraq terlebih dahulu mengalaminya.

Kejam dan ngilu rasanya.Bacul dan pondan semata-mata.Jika perkara ini yang dilakukan segelintir umat Islam maka seluruh umat Islam dianggap terrorist.Jika sebaliknya,ini hanyalah satu kemalangan jiwa yang terancang.

Di bawah saya lampirkan petikan daripada akhbar Utusan Malaysia untuk renungan dan tatapan bersama.Semoga roh mereka dirahmati Allah S.W.T.

SUNGAI GOLOK (Selatan Thai) 9 Jun – Kejam dan tidak berperikemanusiaan!
Mungkin itu yang dapat digambarkan tentang pembunuhan 11 jemaah ketika solat isyak di Masjid Al-Furqan di Kampung Air Tempayan, 50 kilometer dari bandar ini kira-kira pukul 8.50 malam tadi (waktu Malaysia).

Setelah melepaskan tembakan dari dua pintu masuk masjid, enam penyerang itu dikatakan masih tidak berpuas hati dan masuk ke dalam masjid sebelum melepaskan beberapa das lagi tembakan bagi memastikan jemaah terbabit benar-benar mati.

Tragedi terbaru yang menjadikan masjid sebagai sasaran, berlaku pada hari yang sama Perdana Menteri Thailand, Abhisit Vejjajiva melawat Malaysia dan memperbaharui komitmen untuk mengakhiri konflik yang berlarutan sejak 2004 di wilayah bergolak itu.

Kejadian itu menambahkan jumlah korban yang kini mencecah lebih 3,700 orang dan masyarakat Islam di wilayah itu bimbang kejadian lebih buruk akan menyusul semula dan ramai yang percaya kejadian terbaru didalangi pihak berkuasa.

Bagaimanapun sehingga kini masih belum dapat dipastikan motif sebenar pembunuhan kejam itu tetapi ada yang berpendapat berpunca daripada dendam dan pihak tentera Thai menafikan sebarang pembabitan anggota mereka.

Seorang saksi, Hassan Deraman, 17, berkata, kejadian berlaku amat pantas kira-kira lima minit di mana empat lelaki dikatakan menyerbu masuk ke dalam masjid dari arah pintu belakang manakala dua lagi dari arah tepi.

Katanya, kesemua mereka bersenjatakan rifel M-16 dan pump gun serta memakai seragam hitam serta bertopeng.

‘‘Ketika kejadian berlaku saya bersama tiga lagi rakan berada dalam wakaf kira-kira 15 meter dari pintu masuk utama masjid ini, Tiba-tiba kami mendengar bunyi tembakan yang kuat bertalu-talu.

‘‘Kami bersembunyi dan bergerak ke tempat kejadian dengan perlahan-lahan dalam gelap untuk melihat apa yang berlaku dengan lebih jelas.

‘‘Saya kemudian melihat mereka memasuki masjid ini dan melepaskan tembakan ke arah kepala serta badan jemaah yang terbaring dalam ruang solat, tembakan itu dilepaskan bagi memastikan kesemua jemaah ini benar-benar mati,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di tempat kejadian.

Hassan berkata, penyerang dipercayai memasuki kawasan masjid melalui hutan dan kawasan ladang getah di bahagian belakang bagi memastikan kehadiran mereka tidak disedari.

Katanya, pembunuh kejam itu tidak memasuki masjid melalui pintu utama kerana ia diterangi dengan cahaya lampu.

‘‘Selepas bunyi tembakan hilang, beberapa orang kampung datang dan saya bersama mereka memasuki masjid melihat mayat bergelimpangan dipenuhi dengan darah.

‘‘Ketika itu, hanya dua jemaah terselamat tanpa sebarang kesan tembakan. Salah seorang daripada mereka adalah ‘tok siak’ masjid, bagaimanapun akibat terkejut dengan serangan tersebut dia pengsan kerana serangan jantung.

‘‘Seorang lagi yang terselamat adalah ahli kumpulan ‘tabligh’ yang datang berdakwah di sini, dia terselamat kerana ketika itu sedang sujud dan setelah mendengar bunyi tembakan dia meniarap dan berpura-pura mati,” katanya.

Serangan tersebut turut menyebabkan imam masjid, Wan Nasir Wan Abdullah, 62, terkorban manakala 12 parah dan dua terselamat.

Kesemua jenazah dikebumikan dalam satu liang lahad kira-kira pukul 11 pagi ini dan tinjauan Utusan Malaysia mendapati perkarangan masjid itu dipenuhi oleh kaum masyarakat Melayu Islam dari tiga daerah yang bergolak itu.

Malah ketika itu, ruang solat masjid berkenaan masih dipenuhi darah dan ia dibersihkan sepenuhnya oleh anggota tentera kira-kira pukul 5 petang ini.

Tinjauan juga mendapati dinding dalam masjid tersebut turut dipenuhi kesan tembakan dan kawalan keselamatan di kampung berkenaan ditingkatkan.


AQSA SYARIF

AQSA SYARIF

TUAN TANAH

TUAN TANAH

MY BELOVED NIECES :D

MY BELOVED NIECES :D