WHO'S FOLLOWING THIS BLOG?

AMAN PALESTINE

AMAN PALESTINE

NOTHING LASTS!

NOTHING LASTS!

Monday 21 May 2012

Jom Gajet:Samsung Galaxy Tab 7.0

Salam sejahtera dan hai,

Bagi anda yang rasa nak beli Ipad tapi nak kos murah sikit boleh dapatkan Samsung Galaxy Tab 7.0.Untuk orang Perak area Manjung, anda boleh dapatkan dengan harga RM1299 sahaja. Ya benar, di outlet Samsung di Tesco Manjung. Tapi kalau anda ingin menambah 'screen protector' dan beg mereka akan menawarkan RM190-barangan asli Samsung. Jadi keseluruhannya RM1489. Ini harga pada 1 Mei 2012. Harap maklum.

Kalau anda memang tak nak 'screen protector' dan beg saya cadangkan anda membeli terus di outlet Samsung.

Saya pun melakukan tinjauan di sekitar kedai telefon bimbit di situ dan mendapat harga RM1350 untuk Galaxy Tab 7.0,beg dan aplikasi percuma dari kedai tersebut. Nama kedai tersebut Sin Yong Heng Telecommunication. Maknanya hanya tambah RM51 untuk aksesori yang bukan asli. Aplikasi yang dimuat turun ialah Angry Birds (3 versi-'original','season' dan Rio), Facebook, Android Turtle, Baseball Super, Blast Monkey, BmSnow, Cut The Rope, Drag Toilet Paper dan Walkabout. Beg merah di bawah pilihan saya sendiri sebab sangat suka warna merah. Servis pun bagus.

Nak berbaloi biar dapat aksesori dan aplikasi.
Tutup. Simpan dalam 'handbag'.
Buka bila nak guna.
Menggunakan Android 3.2 Honeycomb dan rasanya tak akan di upgrade ke ICS. Tapi nak guna wat kije okey jer. Ada 3G dan WiFi. Ia menggunakan skrin Super LCD bukan AmoLED seperti Samsung Galaxy Tab 7.7. Tetapi masih memuaskan. Processor 1.2 GHZ. Setakat sekarang belum sangkut-sangkut lagi YouTube. Malah saya juga bermain Sims Freeplay di sini. Bateri 4000mAh jadi memang tahan lama. Boleh guna untuk 'call', kelebihan daripada Ipad. Kamera belakang 3.2MP dan depan 1.3MP. Agak ketinggalan. Tapi masih memuaskan.
Secara peribadi, saya rasakan Tabby 7.0 lebih sesuai untuk wanita atau mereka yang berjari kecil. Keseluruhan 4.5/5 bintang.:D

P/S: Harga di Kangar, Perlis RM1499 semasa saya meninjau pada tarikh seminggu selepas 1 Mei 2012. Mahal betul!

Sunday 20 May 2012

Hobi Bajet Besar: Sekadar Hobi Atau 'Show Off'?

Salam alaik dan hai..lama tak lemaskini blog. Alhamdulillah semua tugasan untuk semester 1 berjaya dilangsaikan. Markah terpulang kepada tuan pensyarah yang bijaksana. Nanti saya cerita pasal tugasan.

Saya nak cerita pasal hobi. Masa sekolah dulu kalau cikgu tanya, apa hobi kamu? Kita biasanya menjawab hobi-hobi dalam buku teks seperti membaca buku, mendengar radio, menonton televisyen, menunggang basikal, mengumpul setem dan bla bla. Biasanya bila meningkat dewasa, hobi kita sudah lain. Walaupun dah dewasa masih ada lelaki yang suka mengumpul koleksi permainan yang mahal-mahal. Ada yang suka mengumpul jam tangan. Sebut pasal hobi yang memerlukan bajet lebih ini biasanya akan dicop sebagai 'show off' (menunjuk).

Pernah tak anda yang suka kereta setiap kali memasang 'sport rim' atau menukar stereng dianggap menunjuk oleh teman-teman? Atau yang suka membeli barang kemas dan minyak wangi? Atau dalam konteks saya, gajet.

Baru-baru ini rakan yang suka mengumpul minyak wangi terpaksa menunjukkan koleksinya di bahagian dapur bilik guru kerana bimbang disindir menunjuk. Dua orang rakan yang baru membeli Ipad pun sembunyi-sembunyi menggunakan teknologi Steve Jobs itu. Ini semua kerana pemikiran dangkal sesetengah pihak yang menganggap 'show off'.

Banyak bezanya antara keterujaan dan menunjuk. Yang mana menunjuk?

Saya ada seorang sahabat yang suka bercerita mengenai hobi melancongnya. Sekejap di London, sekejap di New York. Mungkin kerana dia suka menyebut harga pelancongannya dia dianggap menunjuk. Ya itu memang menunjuk. Sebut harga memang 'show off'. Tambah disebut dengan penuh keyakinan. Hehe..
Saya dan beberapa orang rakan sekerja mempunyai hobi gajet, minyak wangi dan perfume. Bagaimanapun kami mengelak menyebut harga di hadapan orang lain. Mujur hobi murah jugak. Kalau minat mengumpul kereta?Tu dia.

Tak kurang juga yang membebel membazir. Untuk orang begini ingin saya nasihatkan, tak perlulah membebel untuk orang lain selagi mereka tidak meminjam wang anda. Kedua, selagi tidak mengganggu kerja. Ketiga, selagi hobinya bukan mudarat seperti mengumpul mangsa bunuh. Orang sebegini bukan sahaja tidak memahami hobi seseorang malahan kategori sakit hati tengok hobi yang agak urban. Urban tak urban pun, orang yang suka mengumpul setem dan matawang asing pun mengeluarkan bajet yang lebih. Tapi benda dah suka memang tak lokek.

Contohnya macam di bilik guru, hobi yang kurang mendapat kritikan ialah membeli 'tupperware', membeli buku resepi masakan, membeli 'handbag' Louis Vuitton keluaran Petaling Street dan kasut tinggi Polo Swiss di Billion, Manjung. Bagaimanapun di SJKC, hobi yang mahal seperti melancong ke China, Russia, Hong Kong dan sebagainya masih diterima dan mendapat sokongan padu. HAHA. Adoi! Itulah manusia kan, kalau sudah perkara yang disukai.

Obses terhadap sesuatu benda itu menyebabkan kita sering bercerita dengan teruja tanpa menyedari impaknya dari pandangan orang lain. Jadi, kawallah sikit. Atau cerita saja pada ibu..:p..pernah saya buat benda yang sama. Menceritakan telefon bimbit keluaran terbaru atau psp yang baru dibeli. Mama dengar saja tanpa komen. Tapi kalau saya kekeringan wang barulah mama memberi pandangan dengan lemah lembut dan sopan: Lain kali beli barang kemas macam mama, harga pun tinggi kalau gadai dan jual balik..bukan macam gajet jual balik rugi..:p

Selagi hobi itu memberi faedah dari segi ilmu dan kesihatan..teruskanlah. Kita tidak dilahirkan untuk memuaskan hati setiap insan. Jika mereka masih terus bercerita biarkan mereka bercerita di belakang kita. Di situlah kedudukan orang yang sentiasa tidak puas hati dengan orang lain. Di belakang orang menerima kentut. :)

AQSA SYARIF

AQSA SYARIF

TUAN TANAH

TUAN TANAH

MY BELOVED NIECES :D

MY BELOVED NIECES :D