WHO'S FOLLOWING THIS BLOG?

AMAN PALESTINE

AMAN PALESTINE

NOTHING LASTS!

NOTHING LASTS!

Thursday 28 February 2013

Minggu Sibuk

Salam alaik,

Minggu ini memang kerja sangat banyak sampai tak cukup tangan. Kalau sotong mungkin cepat siap sebab tangan banyak. Hehe..

Selain melengkapkan fail panitia, saya dan kawan-kawan perlu juga melengkapkan Fail Portfolio Guru, Fail LINUS, Fail PROTIM, Fail iThink, Fail Kelab (bukan kelab malam mahupun kelab golf..) dan yang lain mengikut panitia masing-masing. Dokumentasi ini semua perlu dilengkapkan sebagai menyambut ketibaan pegawa-pegawai JPN atau lebih hebat lagi, Kementerian?

Selama ini sibuk dengan PdP (pengajaran dan pembelajaran) maka adalah dokumentasi yang terlepas pandang. Itulah guru, merangkap juga seorang kerani, pengasuh, jururawat (masa anak murid jatuh tergolek dan lutut berdarah maka sapu antiseptik), jaga (Program Guru Penyayang menyambut di pagar sekolah), penyambut tetamu, Crime Scene Investigator (siasat anak murid siapa tumbuk siapa dulu?:p) dan paling penting seorang ibu atau bapa. Alhamdulillah, kalau dahulu saya baran nian, tapi ingat kerja kerana Allah, ingat kerja sebagai seorang mualimah, dia macam rasa marah pun cepat sejuk.

Alhamdulillah, rangka tugasan Sosiolinguistik telah disahkan berkualiti oleh pensyarah. Isi dah ada, cuma perlu diolah sahaja.

Minggu ini memang sibuk, rasa macam tak boleh nak balik Perlis. Tapi handphone adik pula memang sah dihilangkan dealer Samsung Aloq Staq. Kasihan kat adik. Mereka berjanji nak tukar dengan handphone second hand.. patutkah?? Saya sudah pun menghubungi Samsung Centre di KL, mereka sudah ambil komen dan maklumat daripada saya. Tapi sampai hari ini belum ada apa-apa tindakan. Leceh sebenarnya nak bawa sampai ke Tribunal Pengguna. Tapi agak-agaklah sampai telefon Samsung yang dihantar untuk diperbaiki boleh dihilangkan. Sekalipun pekerjanya yang pecah amanah, patut lebih bertanggungjawab. Saya beri masa kepada mereka sampai Jumaat ini, mohon doa agar semua berjalan lancar.

Banyak dugaan.. Allah cuma memberi ujian setakat yang kita mampu. Ingat Allah selalu, insyaAllah ujian itu menjadi sedikit ringan. Apatah lagi ada orang yang lebih berat ujian yang ditimpa terhadapnya.




Friday 22 February 2013

Samsung Galaxy Note 2 Pink Di Korea

credit photo: http://cdn.gottabemobile.com
Salam alaik,

Samsung Galaxy Note 2 edisi warna pink dilancarkan hari ini di Korea. Setakat ini hanya untuk Korea. Harapnya ada AP set yang datang ke Malaysia macam Note 1 pink.

Warna amber brown (cekelet :p) dan ruby wine (merah) juga akan dilancarkan di Korea. Cepat-cepatlah AP set warna pink terbabas kat Malaysia..


Sunday 3 February 2013

Muhammad Dalam Song Of Solomon (5:16) Dalam Bahasa Hebrew

Salam alaik,

Semoga perkongsian ini dapat dijadikan renungan. Saya bukan pengkaji Al-Quran, Bible atau Torah. Tapi maklumat penulis ini berdasarkan Old Testament. Berdasarkan Injil. Nama Muhammad sebagai Rasul terakhir disebut di dalam Injil. Namun kerana Muhammad itu berbangsa Arab dan bukan Hebrew, maka bukti Muhammad disingkirkan dalam Bible dan Torah masa kini.

Baca entri asal dan tonton video kenapa nama Muhammad disingkirkan sedangkan itu kalam Allah. Allahuakbar!

KREDIT-Entri asal:
http://pengembaralara.blogspot.com/2010/04/bukti-nama-muhammad-di-dalam-injil.html

Di dalam buku song of solomon/kitab kidung agung(5:16),di dalam bahasa ibrani/hebrew :

"khiko mamtaqeem vekhulo MUHAMMADIM zeh dewdee,v'zeh ra'ee benot jerusalem."

maksudnya:

"Begitu manis tutur katanya,segala yg ada pdnya menawan hatiku.Demikianlah kekasihku dan sahabatku,Hai puteri2 jerusalem."

Perkataan "he is altogether lovely" yg tercatat di dalam bible sebenarnya adalah terjemahan drpd perkataan MUHAMMADIM dalam bahasa ibrani/hebrew..

'IM' dalam bahasa ibrani(bahasa yahudi),MENUNJUKKAN dua jenis kata plural...
1.plural of numbers
2.plural of respect

sama juga mcm bahasa arab...perkataan' kami' mempunyai 2 maksud...
1.plural of numbers
2.plural of respect..

kalau tak percaya pergi tanya org2 yang ahli dan pakar dalam bahasa arab.

CONTOH

perkataan ALLAH dalam hebrew adalah ELOHIM...ELOH=ALLAH,IM= plural of respect...

sama macam MUHAMMADIM..MUHAMMAD IM!

Kesilapan orang kristian ialah mereka menterjemahkan nama orang...sebab tu mereka bila dtanya nama muhammad ada x dalam kamu punya bible?mereka kata x de...pasal da dterjemahkan jd "altogether lovely"!!

CONTOH:

hafizuddin sedang minum air

hafizuddin dalam bahasa arab bermaksud menjaga agama(islam)
boleh kita terjemah jd begini?:

menjaga agama islam sdg minum air...

JESUS bangsa Yahudi dan berbicara bahasa Hebrew. Semua umat Islam tahu Nabi Muhammad bangsa Arab dan baginda bicara bahasa Arab. Apa pun yang dikatakan oleh JESUS, lebih tepat didalam Bahasa Hebrew.

Perhatikan perkataan dibawah: 

מַחֲמַדִּי

Perkataan diatas adalah perkataan yang diambil dari Bahasa Hebrew dari BIBLE HEBREW. Bahasa Asli BIBLE. Ingat! JESUS bukan Arab. 

Perkataan ini diambil dari Old Testament.

חִכֹּו מַֽמְתַקִּים וְכֻלֹּו מַחֲמַדִּים זֶה דֹודִי וְזֶה רֵעִי בְּנֹות יְרוּשָׁלִָֽם׃  
(Song of Solomon 5:16)

Didalam Kitab Perjanjian Lama, Nabi Sulaiman atau SOLOMON dalam BIBLE ENGLISH ini adalah terjemahan bagi ayat di atas:

His mouth [is] most sweet, Yes, he [is] altogether lovely. This [is] my beloved, And this [is] my friend, O daughters of Jerusalem! (Song of Solomon 5:16). 

Kenapa מַחֲמַדִּ diterjemahkan kepada lovely didalam terjemahan English? Bukankah itu sebuah nama? Oklah… pembuktian yang Nabi Muhammad sudah diramalkan kedatangannya sebelum kelahiran Jesus ada didalam BIBLE.


Saya tidak mahu menjadi blogger melalak tanpa bukti. Mari… ikut saya cari maksud perkataan diatas.

Bukti menunjukkan perkataan ini adalah merujuk kepada Muhammad:

מַחֲמַדִּי (copy paste perkataan ini untuk Google Translator)

boleh dibuktikan melalui beberapa enjin terjemah popular. Antara yang mudah ialah:

Terjemahan perkataan מַחֲמַדִּי melalui Google Translator

מַחֲמַדִּ (copy paste perkataan ini untuk WordLingo dan FreeTranslation)

Terjemahan perkataan מַחֲמַדִּ di dalam WordLingo Translator dan FreeTranslation:


http://www.worldlingo.com/en/products_services/worldlingo_translator.html

http://www.freetranslation.com/

Semoga Allah s.w.t. menjadikan orang Islam sebagai asbab hidayat seluruh manusia seluruh alam.

AQSA SYARIF

AQSA SYARIF

TUAN TANAH

TUAN TANAH

MY BELOVED NIECES :D

MY BELOVED NIECES :D