WHO'S FOLLOWING THIS BLOG?

AMAN PALESTINE

AMAN PALESTINE

NOTHING LASTS!

NOTHING LASTS!

Thursday 16 May 2013

Buah Hati Saya

Salam alaik dan hi..
Saya dan abang bukanlah baik sangat. Masa sekolah dulu macam anjing dan kucing. Memang tak pernah bercakap. Tapi kuat bertekak. Sampai dewasa tak adalah bertekak tapi bercakap hal penting saja. Buah hati saya ni anak abang, manja nak mati dengan saya. Itu angah, ini angah. Nama penuh Eryna Safiya tapi orang panggil Piya. Saya pula jenis panggil macam2 nama. Sekarang dia bahasakan diri dia kakak sebab dah ada adik. Saya memang panggil macam2 nama Cik Potet la, Cik Piya dan Mannining. Mannining tu nama watak Kristine Hermosa dalam Fish Port Princess. (Princess la sangat kan)..:p
Pernah jalan2 kat Kangar dia memerap minta patung ultraman setinggi dia. Dah beli tu tekan button kat dada Ultraman tu sepanjang Kangar -_-..
Walaupun dah ada adik, Siti Schawani tapi dia tetap bajet anak menakan favourite angah.. pernah je buat mulut huruf J bila saya belikan baju si adik dan dia saya tak beli apa sebab repair tablet game dia rm30.
Manja tahap muntah :p.. nanti la saya ada anak sendiri, memang suruh dia babysit :D..
Rindu pulak si Mannining nih...

Wednesday 15 May 2013

Iklan Provokasi Galaxy S4 VS Iklan Kelakar Nokia Lumia 920

Salam alaik dan hi,
Perang tak pernah berhenti antara Samsung dan Apple walaupun Amerika sekutu Korea Selatan :D.. layan je iklan Samsung Galaxy S4 yang menyindir Iphone 5s sebagai telefon orang tua. Yang paling kelakar komersial Nokia Lumia 920 yang menyindir pergaduhan Samsung dan Apple.. memang kelakar tak hagak. Saya memilih iklan Nokia Lumia 920..layannnn..

IKLAN SAMSUNG GALAXY S4 'SO SOME SMARTPHONES ARE SMARTER THAT OTHER SMARTPHONES :P'
 IKLAN NOKIA LUMIA 920 ' SEARCH KARATE.. KARATEEE..:D'

Tuesday 14 May 2013

Review: Sony Xperia TX Pink Edition

Salam alaik dan hai.. episod saya bersama Sony bermula selepas merajuk dengan kes pecah amanah Samsung Galaxy W. Selepas menolak Note 1 kepada kawan sepejabat dengan harga berpatutan, saya ingin mencuba antara Iphone atau Sony. Selepas kuliah, saya pun jalan2 di Greentown Mall dan chit chat dengan tauke2 di situ. Ada produk AP Iphone 4 dengan harga RM1499 dan warranty SONY (Dynamic Digital) Sony Xperia TX RM1399 (harga Mac 2013). Ada 2 pilihan dengan harga yang ok. Saya memang dah aim nak beli Iphone walaupun patutnya untung RM100, boss kedai itu menasihatkan saya mendapatkan telefon Sony daripada Iphone. Maka saya memilih Sony Xperia TX. Okaylah RM1399 dengan gift screen protector dan case silicon CHERRY. Rata2 TX yang saya survey di GM pada hari itu dalam harga RM1450. Saya kenal model ini pun setelah melihat promo James Bond: Skyfall yang mana Bond menggunakan 'abang' TX iaitu Xperia T. Dari segi luaran T lebih seksi menawan tetapi saya memilih TX sebab kaler.. PINK!!:P

Kalau anda pengguna Celcom, masalah pertama yang anda hadapi ialah ERROR 413 semasa muat turun atau update aplikasi di Playstore. Memang hairan apakah masalahnya. Geramnya juga kerana tak dapat download. Dengan bantuan Uncle Google rupanya Xperia memang bermasalah dengan APN server Celcom. Adik saya yang memakai Maxis tak ada masalah.

Jadi kenalah setting semula. (Credit blog Kelip2)
To create, goto :
Settings > Wireless & networks > Mobile networks > Access Point Names > New APN

Then enter all these information :
Celcom 3g internet setting :
Name : Celcom 3G Internet
APN : celcom3g
MCC : 502
MNC : 19
APN type : default

Celcom 3g MMS setting :
Name : Celcom 3G MMS
APN : celcom3g
MMSC : http://mms.celcom.net.my
MMS proxy : 10.128.1.242
MMS port : 8080
MCC : 502
MNC : 19
APN type : mms

Celcom 2g internet setting :
Name : Celcom 2G Internet
APN : celcom.net.my
MCC : 502
MNC : 19
APN type : default

Celcom 2g MMS setting :
Name : Celcom 2G MMS
APN : mms.celcom.net.my
MMSC : http://mms.celcom.net.my
MMS proxy : 10.128.1.242
MMS port : 8080
MCC : 502
MNC : 19
APN type : mms

Source: http://bit.ly/tero5N 

Apa yang saya faham, APN server Celcom yang disediakan oleh telco Celcom memang menghadapi masalah dengan mana-mana Xperia. Kalau Xperia Z atau ZL tiada masalah, sila2 lah betulkan saya.

Berbalik pada Xperia TX. Design memang comel. Dengan lengkungan di belakang memang sedap digenggam. Anda juga boleh merakam video dan pada masa yang sama boleh mengambil gambar..2 in 1. Saiznya lebih kurang Samsung Galaxy S2. Upgrade software android juga terkini. Kalau tak salah saya sudah upgrade Jellybean 4.2.2.

Masalahnya selain keistimewaan yang saya sebut di atas. Ciri-ciri yang lain memang sama dengan Samsung Galaxy S2 yang dikeluarkan pada tahun 2011. Dual core, MP kamera sudah lupa sebab sudah trade in dengan Note 2. Walaupun TX dikeluarkan pada 2012, tapi spesifikasinya setahun kebelakang berbanding Samsung. Saya rasa model high end seperti Z lebih upgrade dengan kalis air dan debu.

Kali pertama memuat turun Go Launcher, TX memang kurang mesra. Nak alih icon ke home memang sangkut. Kena restart baru boleh alih. Skrin juga mudah panas sama seperti Galaxy S2. Saya menghadapi kesukaran untuk membuka cover belakang.. patah kukulah juga. Saya tak tahu dengan pengguna TX yang lain tetapi saya menghadapi masalah video yang dirakam hilang suara. Taklah selalu tapi sesekali tu jadilah juga. Tambah bila video nak masukkan Keek hilang suara. Restart balik baru okay.

Saya sudah menggunakan S3 sebelum ni, jadi memang saya rasa tak selesa menggunakan TX. Kalaulah saya sabar sedikit dan tunggu Z keluar. Kata kawan saya, saya ni kena tulah Samsung :p.. apapun saya memang selesa dengan Samsung. Tak ada salahnya dengan TX tetapi spesifikasi lebih kurang S2. TX memang jambu dan cun.

Dalam 2.5/5 bintang.:)
Saya sempat ambil satu je sebelum kena jual hehek.,yang keliling tu silicon cover CHERRY.
.


Pinjam image dari Uncle Google.. taraa inilah beliau.. stylish kan?

Monday 13 May 2013

Review: Samsung Galaxy Note 2 N7100 Pink Edition

Salam alaik.. hellooo :) lama Kak Esah tak membebel di dada blog ini. Okay, finally.. dalam bulan lepas saya telah mendapatkan Samsung Galaxy Note 2 N7100 edisi PINK. Memandangkan saya ini peminat warna PINK maka saya korbankan Sony Xperia TX James Bond untuk Note 2 PINK. Bukan AP tapi warranty SME. Bagus juga Samsung sudah mula memahami pasaran Malaysia yang suka edisi kawaii serta gwiyomi ni. Samsung juga baru-baru ini mengedarkan edisi warna RUBY WINE. Setakat blog ini ditaip edisi itu belum dikeluarkan oleh SME, AP set ya.

Sekali lagi saya mengusulkan anda untuk membeli handphone di kiosk banner NOKIA di Tesco Manjung. Harganya sangat berpatutan RM1850 dengan gift casing bag, screen protector dan muat turun aplikasi (untuk yang malas muat turun dari Playstore). Di kedai rasmi Samsung mereka menawarkan handphone sahaja tanpa gift dalam harga RM1790. Kalau nak casing bag dan screen protector sudah jadi RM1900. Kalau anda jenis tak kisah dapat handphone saja boleh saja membeli di outlet rasmi Samsung Tesco Manjung.(for Perakian)

Okay saya cerita serba sedikit pasal Note 2 ini daripada pandangan pengguna biasa. Processor quadcore sangat memuaskan kerana handphone saya belum pernah hang lagi. Seperti S3 terdapat smart stay,kamera belakang 8MP, kamera belakang 1.9 MP, LED (handphone Samsung yang LED setakat ini cuma S3 dan Note 2). S Pen lebih lancar dan sensitif dari Note 1 N7000. Tulisan memang tak ada beza dan melukis pun smooth je.

Bateri? Alhamdulillah dengan 3100Mh tahan lebih lama. Kalau saya cas penuh dengan penggunaan maksimum internet untuk Facebook dan Whatsapp boleh tahan sehari lebih. Kalau kuat main game memang kena cas sehari. Android versi Jellybean.

Ramai kawan saya suka Martian Pink yang lembut ni tetapi secara peribadi saya lebih cantik PINK N7000 yang lebih garang. Berbanding dengan Samsung Galaxy S3, Note 2 lebih berbaloi untuk dimiliki. Saya bagi 4.5/5 lah. Dapatkanlah segera kerana harga memang turun selepas kedatangan Samsung Galaxy S4. Satu yang saya suka mengenai Samsung ialah setiap kali datangnya generasi baru S atau Note, Samsung akan upgrade yang luarbiasa, contohnya gesture dan kamera depan belakang boleh ambil gambar serentak dalam S4. Sesuatu yang tiada pada jenama lain. Memandangkan hari itu saya pernah pakai Sony Xperia TX, nanti saya citer apa masalahnya Sony walaupun kacak :)
Bahagian depan

Bahagian belakang

Dalam pun pink

Ini Samsung Galaxy Note 1 N7000 edisi PINK.. saya lebih suka PINK ini

AQSA SYARIF

AQSA SYARIF

TUAN TANAH

TUAN TANAH

MY BELOVED NIECES :D

MY BELOVED NIECES :D