WHO'S FOLLOWING THIS BLOG?

AMAN PALESTINE

AMAN PALESTINE

NOTHING LASTS!

NOTHING LASTS!

Friday 28 February 2014

Si Otak Kanan Atau Kiri?

SUMBER: http://pasca.unila.ac.id/anda-tipikal-si-otak-kiri-atau-si-otak-kanan/

Lately mata kananku bertambah rabun dah 550 dan yang kiri cuma 250. Campur silau dan rabun senja lagi :p.. sian dia ni kurang penglihatan. Semuanya bermula sejak mula kerja tahun 2005 dulu. Adakah menonton TV lampu tutup. Awal-awal dulu kiri 50 dan kanan 100 je. 9 tahun kemudian? Nah!

Tengah check kaitan otak dengan mata terjumpa kuiz ni. Tak kena mengena dengan mata tapi personaliti diri. Jawab beberapa soalan berikut yang akan membantu anda menentukan sama ada anda jenis si otak kanan atau si otak kiri . Kalau kuiz ni meraban makna kita anggaplah isi masa

1 . Jika anda diberi tugas untuk mengarang , maka yang akan anda tulis adalah ...
a . Menerangkan sistem planet dan peredarannya
b . Menulis cerita bagaimana seekor gajah boleh menyelamatkan dunia

2 . Menurut rakan anda , anda ialah seorang yang ...
a . Akademik dan berdisiplin
b . Popular dan disukai ramai

3 . Pada waktu pagi , anda memilih pakaian berdasarkan ...
a . Apa saja yang penting praktikal
b . Seperti yang telah dirancang semalam

4 . Kalau ada dua pekerjaan yang menanti , maka anda akan ...
a . Menyelesaikan satu-persatu terlebih dahulu sampai sempurna , baru menyelesaikan yang lain
b . Mengerjakan yang satu , apabila bosan mengerjakan yang lain , dan kembali mengerjakan yang pertama semula . Yang penting tidak bosan .

5 . Dalam produksi filem , agaknya anda akan berperanan sebagai apa ?
a . Pengarah
b .Pelakon

6 . Anda baru sahaja memenangi sebuah tiket percutian selama seminggu ke pantai , anda akan ...
a . Mengajak bersama ibu, bapa dan keluarga
b . Bercuti bersama teman - teman saja

7 . Seseorang baru saja mengatakan bahawa anda ini terlalu mementingkan penampilan . Maka anda berfikir ...
a . Iya ke ?
b . Iya la kot . Penampilan juga kan penting .

8 . Dalam soal pilihan aneka pilihan , anda akan ...
a . Menelaah jawapan satu persatu kemudian baru memilih.
b .Keliru memilih jawapan mana satu yang benar

9 . Apabila anda menonton filem yang mengharukan maka anda akan
a . Menangis bagai nak rak.
b . Berusaha keras untuk tidak menangis

10 . Saat beradu pendapat dengan orang lain anda akan
a . Mengeluarkan semua fakta yang ada
b . Berusaha memanipulasi keadaan dan membuatnya lebih dramatik

Kebanyakan A : Si Jenis Otak Kiri

Anda adalah jenis otak kiri , di mana anda seorang pemikir yang praktikal dan tak suka hal-hal yang remeh-temeh . Anda ialah jenis orang yang dikagumi kerana disiplin anda . Anda sangat teliti dan tidak suka hal-hal atau barang yang berselerakan . Anda akan menyelesaikan semua problem yang ditemui satu-persatu terlebih dahulu sebelum menyempurnakan problem lain .
Anda sangat pandai dalam hal menganalisa serta mencari jawapan akan sebuah problem .

Kebanyakan B : Si Jenis Otak Kanan

Anda jenis yang ikut suka hati dan seringkalibimbang saat berhadapan dengan banyak pilihan . Anda sering kurang yakin dan kurang tegas , serta mudah termakan dengan pujuk-rayu .

Anda lebih senang berangan - angan dan cepat bosan . Gemar mendengar cerita fiksyen dan khayalan serta menyukai hal - hal yang berkaitan dengan seni . Anda juga suka cabaran serta kejutan . Anda orang yang moody , dan tidak suka fokus pada satu hal saja saat mengerjakan sesuatu .

Hah, tu dia! Hat mana hangpa? Masa macek buat kuiz ni.. macek dapat 6B 4A. Otak kanan la kira.. agak dah sebab mata kurang rabun pun sebelah kiri. Bab moody, ikut suka hati, cepat bosan dan hati mudah goyah tu adalah haha.. tapi sejak tua2 ni kira dah kukuhkan hati.

Kalau anda seimbang kedua-dua jawapan maknanya anda memang mempunyai otak yang balance dan oh-sem! :)))

Thursday 27 February 2014

PBS Ditangguh Sehingga April

PBS ( Pentaksiran Berasaskan Sekolah ) ditangguh sehingga APRIL.

Alhamdulillah.. apa yang saya bebelkan seterusnya lebih kepada PBS sekolah rendah. Pertama, perbaiki ratio 1:15 guru dan murid sepertimana di Australia di mana idea PBS ini tercetus diminda pihak pelaksana. Sekolah di Malaysia ada yang mempunyai ratio 1 guru 40 orang murid.. itu untuk 1 kelas. Nasib baik purata kelas saya 30 orang sahaja dan dicampur 3 kelas 120 orang murid.. menyediakan bahan untuk belasan deskriptor × 30 ( tolak 60 orang murid tahun 5 dan 6 yang masih KBSR).. sistem 60% pusat dan 40% sekolah memang bagus untuk murid cerdas. Tapi tak semua perkembangan murid serupa.. ada murid yang tidak menguasai PdP semasa di tahap 1 dan sebaliknya semasa di tahap 2. Baru-baru ni seorang rakan saya bertanya bertanya mengenai sistem 60:40 ni bolehkah anakmya yang mungkin dapat A semasa UPSR menjadi B bila dicampur dengan 40%?

Guru-guru sendiri belum diberi pencerahan tentang pembahagian markah itu untuk sekolah rendah. Paling kasihan anak di tingkatan 3 sekarang.. PBS ke mana PMR ke mana.. sepatutnya biar bermula dengan peringkat sekolah rendah dahulu. Kelebihan dengan didik hibur memang  menyeronokkan tetapi anak-anak di tahap 1 tak ada motivasi kerana tak ada peperiksaan dan diberitahu guru pun mereka tak fikir impak 40% yang mereka akan tempuhi 5 tahun nanti (utk murid tahun 1). Dalam hal ini, pihak pentadbir sekolah kena memainkan peranan menerangkan kepada ibu bapa. Ingat! Bukan semua ibu bapa peduli sangat anak-anak mereka, kadang-kadang cikgu yang tak malu lebih prihatin. Teringat lagi semasa Program Aku Janji Januari yang lepas. Ibu murid saya boleh buat muka macam kena paksa datang da siap-siap geleng kepala lagi bila dia terpaksa datang semata-mata nak dengar anaknya berjanj mendapat markah-markah tertentu untuk UPSR. Siap bertanya dalam Bahasa Mandarin ( Walaupun India): Tu je sebab mummy kena datang sekolah? -_-

Kedua, ya server perlu dibesarkan, saya pasti sebilangan besar guru memang tidur pukul 3 pagi :P.. kemudian, diulangi purata guru dan murid perlu dititikberatkan, pembantu guru dari 3 tahun lepas disebut-sebut oleh KPM.. secara berperingkat.. namun tak ada. Itu beban guru.. bagi murid? Setiap kali ada murid yang mendapat band 1 atau 2.. murid itu akan mengulangi assessment yang sama sehingga menguasai band. Syllabus perlu diteruskan untuk yang lain dan disiplin terus dipantau untuk 30-40 murid itu..dengan 40 perangai.. hoho. 

Ketiga, setelus mana guru memberi band kepada murid pun tetap ada perbezaan berdasarkan sekolah. Sekolah kluster, cemerlang, gemilang dan terbilang akan mempunyai piawaian yang tinggi. Sekolah yang kurang kluster :P akan memberi piawaian yang berbeza.

Ya, kita tak nak exam oriented.. ada juga yang berbunyi cemerlang di universiti atau sekolah bukan akan menjamin masa depan. Biarlah anak dapat band 4 di sekolah yang cemerlang. Tengok saja Bill Gates! Steve Jobs! Bukan pelajar cemerlang pun. Okay betul.. yang bertanya soalan demikian saya nak tanya: Jadi anda anggap pihak Kementerian Pelajaran Malaysia akan bertepuk tangan jika melalui PBS akan melahirkan Bill Gates yang bijak tetapi kualiti A menurun dalam UPSR? Tolong perbetul juga bab kenapa sekolah ni band lain, kenapa sekolah nun band lain.

Iya... memang bagus sistem pendidikan yang tidak menyasarkan peperiksaan semata-mata. Murid diberi markah daripada segi sahsiah, bakat dan penglibatan sosial dalam persatuan atau kelab. Sebenarnya guru-guru ini tidaklah sampai nak demo ntah apa2. Mungkin ada yang beberapa kerat yang hilang sabar. Tapi ya, memang sebilangan besar guru-guru kurang setuju dengan sistem PBS yang kelam-kabut tapi terus dilancarkan. 

Saya juga amat tak bersetuju dengan  campurtangan politik dari mana-mana pihak pun. Kalau bab lain, silalah berpolitik.. ini bab pendidikan.. bab anak-anak kita. Tolong ikhlas.. berbincang secara ilmiah.. 

Ada yang mencadangkan assessment yang datangnya daripada pihak JPN.. supaya tak timbul perbezaan assess para guru. Yang membabitkan masa depan murid.

Ada pihak yang mencadangkan PBS sebagai top up untuk ke sekolah menengah. Ada yang mencadangkan PBS hanya dikira semasa Tahun 6 bagi sekolah rendah. ( Macam zaman kita buat folio Geografi dan projek baju KH dulu.. hehe..). 

Kita tunggu sajalah APRIL ini ibubapa, anak-anak dan warga pendidik. Semoga semuanya memberi kebaikan untuk anak-anak kita. Amin.

Monday 24 February 2014

Converse Chuck Taylor Superman Limited Edition

Assalammualaikum..

Hal duniawi.. soalan: Mana nak cari Converse Superman di Malaysia? Hah, kalau anda berminat dengan Superman.. boleh dapatkan kasut Converse edisi Encik Super ni di Cacamerba ( Facebook dan IG ada ). Macek kalau bab adiwira ni lebih gemar Spiderman, Batman dan Keluangman :P.. tapi ada la nilai sentimental Superman ni. Kedai tu declare authentic.. rasanya macam authentic.. tapi tanyalah pada yang pakar.. cuma rasanya harga berpatutan sebab Converse daripada kedai ni dari China dan Vietnam. Hah, macek pun ingat macam pelesu.. tapi bila disiasat memang ada made in China dan Vietnam.. murah sebab kos labour sana murah. Maafkan saya kalau tersalah... kalau salah betulkan na :)

Urusan semua online by whatsapp.. cepat by POSLAJU. Warna kasut macam kaler kunen sikit... dimaafkan sebab mungkin diperam dalam stor. Ada sesetengah saiz start dari 36 ( legaaaa.. ada jugak Converse saiz daku.. susah nak jumpa saiz sendiri kat Butik Converse).. ada versi Gorillaz, Twilight dan London juga. Nak face to face.. untuk orang N9, Selangor dan Kehel boleh ke outlet dia di Nilai 3 Streetmall.

It's a bird!! It's a plane! No! It's Supergirl!!!! Supermacek! :D

Ka-el!



Sunday 16 February 2014

Jom Review: Frozen


Let it go! Nyanyi Demi Lovato. Lepaskan? Luahkan? tapi Marsha nyanyi bebaskan untuk versi Bahasa Melayu.. bolehlah kot walaupun kalau tengok scene Elsa daripada innocent bertukar jadi ala2 Beyonce tu macam dia kata ' Mampuslah, orang dah tahu.. amik ko!' tu versi dewasa, adik2 jangan baca.. terbaca abaikan.. :D

Dah lama nak review ' Frozen' tapi tak sempat nak mengarang. Dengan voice over Kristin Bell sebagai Anna ( Elle Bishop dalam Heroes yang sangat jahat dengan kuasa elektriknya hehe.. my feveret selain Claire Bennett dan Sylar yg jahat hoho), Jonathan Groff cikgu Glee sebagai Kristoff dan Idina Menzel sebagai Elsa. Elsa dikurniakan kelebihan mempunyai kuasa ais, malangnya kuasa itu dianggap kutukan kerana Elsa tidak mampu mengawal kuasanya sehingga pernah mencederakan Anna tanpa niat semasa kecil. Dengan bantuan Atok Troll, Anna sembuh namun dia akan lupa yang kakaknya mempunyai kuasa kecuali kenangan manis diorang si Olaf ( Snowman yang Elsa buatkan untuknya). Anna hairan kenapa Elsa menjauhinya. Tiap2 tahun la dia ketuk pintu si Elsa sambil nyanyi ' Do you want to play a snowman?' haha comey tak agak..

Ibu bapa diorang meninggal dan automatik Elsa akan menjadi ratu negara Arendelle. Sebenarnya nak cerita semua plot ni anda boleh baca je kat wiki sampai ending pun ada hah gitu. Cerita ini diadaptasi daripada kisah hikayat Snow Queen ( Ratu Salju).

Berlainan dengan Snow White atau Princess Aurora ( Sleeping Beauty) yang sopan santun, rajin dan tak cemerkap, Anna digambarkan dengan attitude budak2 remaja sekarang. Bangun lewat, rambut serabai dan malas haha.. cuma part cepat jatuh cinta tu memang sangat tipikal bagi puteri2 Disney. Anna cepat jatuh cinta dengan Putera Hans. Hans apa? Hans dari selatan :P... sebab tu wujudnya watak Kristoff yang mempertikai motif Anna jatuh cinta dengan Hans walaupun tak tahu nama femili Hans dan ketinggian Hans. Kristoff busuk, mulut longkang, kawan baik dengan rusa Sven and even anak angkat mummy Troll ( OMG Kristoff haha) tapi digambarkan comel dengan rambut blonde. Sebenarnya sejak The Princess and The Frog dan Tangled lagi Disney cuba memberikan sentuhan yang lain kepada watak hero dan heroin. Hero dan heroin yang tidak sempurna!

Paling menggeletek hati tentulah Olaf! Olaf sebenarnya cuma snowman yang tak berfungsi dan tak bernyawa namun apabila Elsa mengamuk sehingga Arandelle ditimpa sumpahan bersalji di musim panas, Olaf hidup. Even Elsa pun tak tahu Olaf boleh hidup, kira ni ada kaitan dengan pembomohan Atok Troll semasa diorang kecik dulu. Olaf sangat comel tapi snowman yang tak sedar diri. Suka sangat summer, warm and heat sedangkan dia tak tahu apa akan jadi dengan dia bila sudah summer.. sian Olaf hehe.. Olaf sangat konfiden dan entahlah sangat comellllllllllll...

Satu lagi kelainan ' Frozen' ialah ciuman cinta sejati bukanlah pemecah segala sumpahan. Mungkin Snow White, Sleeping Beauty dan Beast ( Beauty and The Beast) menemui cinta sejati mereka melalui ciuman.. tapi sumpahan ' Frozen' dihapuskan dengan pengorbanan seorang adik kepada kakaknya... nilai murni yang sangat saya setuju dalam filem ini.

4.5 dari 5 bintang!

ENGLISH VERSION BY DEMI LOVATO
MALAY VERSION BY MARSHA
KOREAN VERSION BY HYORIN

Saturday 1 February 2014

LANGKAWI SECOND DAY ( LAST DAY)

31 Januari 2014, Jumaat..

Nasiblah bajet pergi satu malam je. Pukul 4 pagi dah terbangun kepala memang pusing sangat. Rasa lidah kering dan mata panas. Mandi pukul 4 pagi tu dan tidur balik. Bangun esoknya memang panas lagi dalam badan. Kepala berdenyut2. Memang diri ni kurang daya tahan sejuk panas sejuk panas. Kalau tak, idaklah pergi Cameron Highlands pun balik Ayer Tawar demam.. huhu

Breakfast pagi tu memang Yaya dan Yan yang kena beli.. makcik dah rasa pusing2. Kirim juga panadol. Siap2 semua dalam 11.50 pagi kami akan bertolak ke Jeti Kuah. Uncle Anbalagan tu datang ambik. Kena caj RM14 kira call caj sekali. Kalau yang nak datang Langkawi nak motel murah2 boleh try Joy Motel atau kat dalam Kuah lagi ada D'sa Motel.

Memang plan ke pantai2 punah sama sekali. Yaya dah muncung. Sampai jeti, kami pun jalan kaki ke Dataran Lang. Dekat je dengan jeti, tak sampai 5 minit berjalan kaki. Yaya pun teruja semula, walaupun baru last year dia pergi Langkawi bergambor dengan Lang Besaq tu.

Kat situ ada juga la jual cenderamata macam keychain, kipas, pensel dan segalanya. Tapi mahal lah sikit. Masa kitaorang pergi tu ada rombongan besar dari Taiwan. Sambut CNY kat sini kot.

Cuaca? Panasnya macam biasa Ya Allah panasnya. Memang yang putih jadi merah dan yang hitam bertambah gelap :P.. lepas tu terus ke departure hall. Ada lalu kastam, tapi kastam tak peduli pun. Kalau tak seludup juga batik ke rokok hoho :P.. mungkin muka kitaorang suci murni tak de ciri2 smuggler hehe..

Feri kami bertolak pukul 1.45 petang. Nama feri Bahagia 98. Tapi dalamnya tak bahagia. Seat keras. Tayang cerita The Avenger dengan subtitle ' Saya Bayi' ( My baby) :P... haha komplen je kan. Alhamdulillah selamat sampai dalam 2.40 petang. Tetanjat tengok Jeti Kuala Perlis penuh dan sesak sampai ada yang duduk atas lantai makan nasi. Nasib baik kitaorang pergi sehari sebelum CNY.

Itu je destinasi bajet kitaorang sebab niat nak bawa Piya naik ' feris'. Bila la derank nak temankan I ke Zoo Songkhla atau USS, Singapore pulak ni? Hehek...

Ni view dalam Joy Motel.. memang bersih.. motip pakai kasut sebab dah nak check out :P

Piya dan peace nya

Ni panaih merelit nih time nih

Sebelum ke Dataran Lang.. Piya wat manja dengan mamatok

Lang yang tak reti terbang.. masa ni ada rombongan daripada Taiwan ke China.. memang penuh bahagian depan..

Senyum walaupun panaih

Nih dalam Jetty Point.. tengah cari kedai ceklet.. cousin suh beli Baim Wong last minute huhu

Piya sempat main kat Departure Hall sebelum bertolak

Tu la feri Bahagia 98.. nak balik Perlis da.. tatatatata

LANGKAWI FIRST DAY PART 2

Maka 4.30 petang kami pun bertolak ke Langkawi Bird Paradise And Wildlife Park. Dari Kuah lebih kurang 10 minit by taxi. Kami booking Uncle Anbalagan ni juga, dia tunjuk la jadual perjalanan pergi RM30. So kalau da tunggu pergi balik RM60. Haha jatuh juga dagu makcik ingat dalam RM40 ke kan.. tak pe la.. dah memang tak ada yang boleh drive.. okey on.

Sampai sana macam jakun juga sebab kepala imejin zoo. Tapi macam plaza. Masuk jer dalam tu dan akan jmpa kaunter tiket. Adult dengan MYKAD kena RM15, 60 years old ke atas dengan MYKAD kena RM10 dan juga kanak2 dengan MYKID kena RM10.. patut teacher's rate kena RM8 kalau ikut website dia.. macek pun tak perasan yang dia caj macek RM12. Apapun nak harga special kena tunjuk MYKAD and anything kad guru (NUTP ke apa2 persatuan guru).

Sampai depan pintu staff situ akan ambil gambar sefamili dengan burung-burung yang baik hati. Yaya dapat burung hijau yang baik dan Piya pun berani dapat burung warna putih. Mama je kelakar dapat burung besar yang patuk keronsang mama sampai patah haha.. gambar tu kena caj RM35, masa keluar nanti dia bagi. Kalau tak nak pun tak apa. Tapi dia tak bagi ambil guna kamera sendiri. Kalau nak juga, pandai-pandailah korang klik.

Masuk dalam tu boleh beli makanan untuk feeding haiwan2 ni. Sebungkus RM6 masa kitaorang masuk la. Ada dedak, carrot, epal dan yang sewaktu dengannya.

Antaranya haiwan-haiwan yang terdapat selain burung, ada kura-kura, ular, buaya, musang, rakun, landak, rusa, kancil, kuda, arnab, kasawari dan apa2 je yang kitaorang lupa nak mention.

Haiwan paling dedikasi dan peramah kami anugerahka untuk Mummy Rusa yang periang dengan anaknya. Memang friendly alam betul. Haiwan paling poyo Pak Cik Merak yang dibiarkan bebas dalam tu. Gila poyo asyik cari pasal haha.

Elok la pakai topi sebab burung-burung tu bebas berterbangan.. kalau ter 'crek' ke apa..

Kami pusing-pusing dalam tu ikut arrow dia tunjuk sampai pukul 6 petang. Sebelum balik ke hotel kami pergi Plaza Haji Ismail Group cari coklat murah sikit sebab coklat di jeti sangat mahal. Contoh Kisses kat Haji Ismail RM10.90 kat jeti RM15.90. Kalau rajin ronda dalam Pekan Kuah lagi murah. Mama juga pergi cari brooch baru yang patah dipatuk Aiman Si Burung. Beli tapau kat gerai di situ. Nasi goreng cina RM5. Walaupun gerai dan nasi keras. Makanan kat Langkawi kan paling mahai di Kedah..

Balik motel.. semua dah pening kepala dan rasa nak muntah sebab baru rasa panasnya dalam badan bila daripada suhu panas di luar tetiba sejuk dalam motel. Mandi, solat dan makan, Konon nak jalan2 kat Pekan Kuah... tapi cancel sebab semua dah pening hehe. Memang dalam pukul 10, Piya dah zzzzzz...

Okay next post untuk second day.... whew!..

Sang Kura-Kura musuh Sang Arnab

Merak poyo yang sentiasa follow kitaorang.. poyo garang pulak tu..

Pak Cik Merak yang gigih guide kitaorang tapi garang huhu

Piya sedang rasuah kancil dengan carrot dengan harapan dapat seberang sungai yang ada buah-buahan... hah gitu caption..

Bagi merak makan dedak sambil berbual-bual.. -_-

Ini la Mak Cik Rusa yang paling dedikasi dan mesra alam

Itik2 sedang bermanja dengan Piya selepas dijamu makan

Yaya bajet Snow White nyanyi tralalala kekunun semua haiwan suka dia termasuk Flamingo.. ( padahal rasuah makanan)

Ni bapak rusa gigih asah tanduk.. beza daripada Sven yang comey dalam Frozen huh!

Buaya ni besar.. tapi pendiam.. gitu kan.. Piya palin seronok semua haiwan2 dalam Pada Zaman Dahulu di depan mata,

Enchanted la sangat arnab2 suka melihat kedatanganku dengan kobis di jemari :P



AQSA SYARIF

AQSA SYARIF

TUAN TANAH

TUAN TANAH

MY BELOVED NIECES :D

MY BELOVED NIECES :D