WHO'S FOLLOWING THIS BLOG?

AMAN PALESTINE

AMAN PALESTINE

NOTHING LASTS!

NOTHING LASTS!

Saturday 26 April 2014

Review: Apokalips X


Saya melihat APOKALIPS X daripada pandangan penonton kali pertama.. tanpa merujuk sinopsis yang disediakan.. pertama, filem ni filem fantasi ala video game, percubaan Mamat Khalid untuk lari daripada genre komedi.. kedua, anda boleh menerima Farid Kamil sebagai X kalau anda dibesarkan dengan filem Ekin Cheng (macam saya hehe).. ketiga: cerita okay tapi kesinambungan cerita memang agak meletihkan.. keempat: siapa yang membandingkan dengan Crows Zero semata-mata sebab pakaian sama memang kelakar.. Crows Zero lebih kepada kisah gangster sekolah menengah dan yakuza dalam kehidupan sekarang.. Apokalips X pula cerita fantasi selepas dunia musnah kerana nuklear dan X mempunyai super power. Yang betulnya bab itu ialah Shun Oguri lebih macho daripada Aman Chai yang cute.

Review ini mengandungi spoiler. Jangan baca kalau tak nak tahu ending.

Menonton kali pertama saya ingat Klan Merah-Putih, Klan Taring, Klan Flora, Klan Jengking dan Klan Teratai. Okay cukup 5 klan haha!

View pertama anda dapat melihat seorang anak kecil yang sedang menunggang basikal sebelum dihujani bom nuklear. Risau juga melihat filem yang dibarisi pelakon-pelakon Islam dimulai dengan ayat ' Hari itu mentari timbul dari barat..'... saya bukan orang filem, tapi saya percaya sila beri bimbingan pada anak-anak ( PG13). Iya, mungkin bila kita melihat filem Armagedon boleh pulak ye kita terima... berbalik pada kepercayaan agama.

Saya suka watak X yang pelindung.. kepercayaannya kepada Aman Chai ( Adam AF). Razor ( Iqram Dinzly) yang melindungi adiknya QiQi ( Miera Liyana). Watak Melur yang ala watak yang tendang kaki panjang (dah lupa nama dia) dalam Street Fighter. Razor dan QiQi yang adik-beradik sudah ala West Side Story. Kedua mereka anak Sri Gala (Peter Davis). Dan Jehan Miskin sebagai Kala Jengking yang gila kuasa.

Ada unsur sindiran politik dalam cerita ini. Misalnya, yang lama sila berundur dan beri peluang kepada yang baru. Otai-otai kita cuma nak baju kemas tapi tak ada otak. Generasi baru mahu sekolah dan membaca buku bukannya bergaduh. Kala melantik dirinya sendiri menjadi Paduka. Watak Pekin adalah pengacau yang tugasnya mengganggu dan menyebabkan pihak yang lain bertelingkah. Contohnya ketika dia menikam QiQi ketika Aman Chai dan Razor bergaduh supaya Sri Gala menyalahkan Aman Chai dan X. X berpegang pada perjanjian lama supaya klan-klan dapat bersatu. Minyak dan elektrik menjadi rebutan.

Saya lebih suka jika dialog dituturkan ketika X mengimbas masa mudanya. Daripada flashback X, Zara (Sarimah Ibrahim) menjadi rebutan X dan Kala. Namun Zara mati ketika di tangan Kala ketika mempertahankankan X. X menikam Kala. Namun Kala diselamatkan oleh pengikutnya dan dia dihidupkan 2 tahun kemudian (adegan yang menunjukkan Kala dengan wayar-wayar di dada pada adegan awal). Saya rasa sepatutnya penceritaan kisah X semasa muda lebih patut ditekankan. Daripada flashback Kulat (Zoey Tan) pula jelas dia pula memendam perasaan kepada X. Saya tak pasti adakah Kulat ibu kepada QiQi dan Razor? Serius memang mengganggu bagi saya tanpa plot X semasa muda. Patut itu yang ditekankan.

Berbalik pada zaman terkini, X berjaya membunuh Kala namun Kala juga sempat membunuh X. Selepas pemergian X dan Kala, barulah generasi baru seperti Aman Chai, QiQi, Kunyit dan lain-lain lagi dapat keluar dari bandar berhantu itu dengan diiringi Pendita (Pyanhabib). Mereka juga tidak terikat lagi dengan protokol pakaian dan semuanya tersenyum. X pula keluar dari kuburnya dan dijemput 3 lelaki bersayap ( angel?). X juga ditumbuhi sayap dan terbang bersama mereka. Okay saya sangat susah memecah falsafah Mamat Khalid pada adegan itu.

Dan Kala sebenarnya adik X dengan nama sebenarnya Y. Kedua-dua mereka dibesarkan oleh pendita, namun kegilaan terhadap kuasa menyebabkan Y lupa akan dirinya dan abangnya, X.

Cerita diakhiri dengan X cuba menukar cerita dengan ayat.. " Itu jika aku mati, jika aku masih hidup?".. jadi saya anggap X belum mati, mungkin dia dalam keadaan para sedar semasa membayangkan generasi baru keluar daripada bandar dan dia bersayap.

Mungkin sepatutnya Mamat Khalid dengan kerjasama pihak tertentu menerbitkan dulu komik atau novel grafik ' Apokalips X' supaya cerita ini lebih difahami. Sekali lagi, saya lebit suka jika plot cerita X semasa muda lebih ditekankan berbanding kisah cinta Aman Chai dan QiQi yang kaku atau lagu thrash yang membingit dan anak-anak muda yang khayal dengan tarian. Kepala anjing yang mempunyai dua hasil mutasi mengingatkan kepada Resident Evil.

Setelah merujuk kepada sinopsis barulah saya faham sikit: Sejak mentari terbit dari barat, pertempuran hebat berlaku di seluruh pangea. Jasad bergelimpangan dan udara di seluruh pangea berbaur hemoglobin, selain bintang berguguran. Homo sapian yang mewakili puak-puak yang menguasai empat sumber utama kini bertempur untuk memonopoli, menjadi keadaan anarki. Tiada lagi undang-undang, hanya mereka berpegang pada janji. Pendita telah memberi perintah, supaya menjemput semua ‘Pengutus Pesanan’ untuk hadir ke satu taklimat berkaitan apa terjadi di Ground Zero, Apokalips dan penerangan mengenai kejadian letupan nuklear yang telah menyebabkan mentari terbit dari Barat hampir 23 hari lepas. Letupan nuklear yang telah menghamburkan partikel CK (Cyanogen Chloride) ke udara dan membunuh mereka yang berumur 30 tahun ke atas. Keadaan cukup kritikal.

Serius saya tak perasan pula dalam filem ada sebut yang berumur 30 tahun mati.

Tidak mengecewakan, walaupun CGI agak 10 tahun ke belakang. Sebagai bekas gamer hehe saya bagi 3 daripada 5 bintang.

AQSA SYARIF

AQSA SYARIF

TUAN TANAH

TUAN TANAH

MY BELOVED NIECES :D

MY BELOVED NIECES :D